Sunday, October 3, 2010

PERLEMBAGAAN

KONSEP PERLEMBAGAAN PERBANDINGAN PERLEMBAGAAN BERTULIS DAN TIDAK BERTULIS
 
PENGENALAN


Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat.
Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan atau pembacaan saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab persoalan tersebut, malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga sinonim dengan tajuk yang dibincangkan ini.
Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama melalui badan perundangan .
 Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan:

(a)Perlembagaan bertulis
(b)Perlembagaan tidak bertulis

Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang penting:

(a)Mengekalkan keharmonian masyarakat
(b)Memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar
(c)Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat .
 
KONSEP PERLEMBAGAAN
Konsep Perlembagaan
Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu, antaranya

1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.
Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.
Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.
Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.
Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.
Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.
Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:
  • Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara
  • Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
  • Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
  1. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang penting .
  2. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat .
  3. Perlembagaan juga menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman .
 
KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang. Semua undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah . Badan eksekutif , kehakiman dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan . Yang Dipertuan Agong perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan .
 
PERLEMBAGAAN BERTULIS

Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan.
 Contoh-contoh perlembagaan bertulis :

(a)Perlembagaan Persekutuan
(b)Perlembagaan Negeri
(c)Akta
(d)Enakmen
(e)Ordinan
(f)Perundangan subsidiari
(g)Undang-undang Islam
 
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS

Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri .
Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis :

(a)Undang-undang lazim(common law)
(b)keputusan-keputusan mahkamah
(c)undang-undang Hindu
(d)undang-undang adat :
-Adat Perpatih
-Adat Temenggung
 
(I)Adat Perpatih Adat Perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke-16 . Diwarisi secara lisan . Tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah . Pembahagian harta lebih mengutamankan nasab keturunan sebelah ibu .

(II)Adat Temenggung Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang , Sumatera . Adat ini menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam . Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa .
 
 
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual berikut:
 
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Secara umunnya perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 3 isi kandungan terbesar iaitu:
(a)Kebebasan asasi
(b)Kewarganegaraan
(c)Sistem pemerintah
 
(a)Kebebasan Asasi Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukkan dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan .
Kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :
- Kebebasan mutlak Bermaksud kebebasan asasi yang tidak boleh disekat
- Kebebasan bersyarat Merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang.
 
(b)Kewarganegaraan Dalam Bahagian 3,Perkara 14 hingga 22 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan ,seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan melalui 4 cara iaitu :
(I)Secara kuatkuasa undang-undang
(II)Secara pendaftaran
(III)Secara naturalisasi/masukan
(IV)Secara percantuman wilayah
 
(I)Kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang Dilahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatik. Seseorang yang lahir selepas Hari Malaysia dapat menjadi warganegara Persekutuan dengan syarat-syarat berikut:
(a)Ibu atau bapa mrupakan warganegara.
(b)Dilahirkan diluar Persekutuan dan bapanya merupakan warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atau negeri.
(c)Dilahirkan di Singapura dan ibu atau bapanya merupakan warganegara.
(d)Dilahirkan di persekutuan dan semasa kelahirannya tidak menjadi warganegara lain .

(II)Kewarganegaraan secara pendaftaran Seseorang boleh memohon warganegara melalui pendaftaran dengan memenuhi beberapa syarat berikut :
(a)Berumur kurang daripada 21 tahun ,ibu atau bapanya merupakan warganegara
(b)Berumur 18 tahun atau lebih dan menetap di Sabah atau Sarawak daripada 7 tahun hingga 10 tahun dan berkelakuan baik serta berpengetahuan tentang bahasa Melayu .
 
(III)Kewarganegaraan secara naturalisasi Seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh memohon menjadi warganegara Malaysia jika:
(a)Seseorang itu telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
(b)Berniat menjadi warganegara Malaysia
(c)Berkelakuan baik
(d)Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu
 
(IV)Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
Jika ada satu wilayah baru yang masuk ke dalam Malaysia selepas hari Malaysia,maka semua penduduknya akan menjadi warganegara Malaysia. Contohnya seperti :
(a)Sabah
(b)Sarawak
(c)Sistem Pemerintahan Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan .

Melalui sistem ini ,rakyat akan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara . Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya . Sistem pemerintahan Malaysia dibahagi kepada 3 badan :
(a)Badan Eksekutif
(b)Badan Perundangan
(c)Badan Kehakiman
 
(I)Badan Eksekutif(Pelaksana)
-Badan Pelaksana dasar-dasar kerajaan ialah Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet adalah pembuat dasar tertinggi negara . Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara . Perdana Menteri ialah Ketua Jemaah Menteri yang bertanggungjawab mengetuai bebrapa kementerian.
 
(II)Badan Perundangan
- Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan . Parlimen ialah sebuah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang . Parlimen terdiri daripada:
(a)Yang di-Pertuan Agong
(b)Dewan Negara
(c)Dewan Rakyat
 
(III)Badan Kehakiman(Judisiari)
-Badan Kehakiman merupakan suatu badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah . Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana . Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
 
KESIMPULAN
Perlembagaan memainkan peranan yang penting . Perlembagaan berfungsi sebagai panduan pentadbir negara untuk mentadbir sesebuah negara. Tanpa perlembagaan, tidak akan wujud negara yang aman dan damai.